DESIGN & BINA

Design

  • Pilih mana-mana dari 2 pilihan model mini homestay yang kami sediakan.
  • Design submission kepada pihak berkuasa tempatan untuk kelulusan.

Bina

  • Membina dan menyiapkan bangunan yang dipilih berasaskan spesifikasi yang telah dipersetujui.
  • Menyempurnakan lekapan dan lengkapan serta hiasan dalaman.

Adakah melabur dalam perniagaan homestay satu idea yang baik?

Sudah tentu. Bagi keluarga yang memerlukan penginapan jangka pendek mereka lebih suka menginap di homestay berbanding di hotel kerana ia lebih fleksibel, boleh memuatkan seluruh ahli keluarga dalam satu rumah dan ini menjimatkan.

Adakah menawarkan homestay dalam bentuk mini homestay boleh mendapat sambutan?

Walaupun mini, unit homestay ini direka dengan 2 ruang tidur yang boleh memuatkan sekurang-kurang 4 orang dewasa atau 2 dewasa dengan 2 – 3 orang kanak-kanak dengan selesa. Selain itu ia mempunyai ruang dapur dengan kemudahan memasak, ruang makan dan bilik air yang serba lengkap. Mini homestay juga menawarkan pengalaman penginapan yang berbeza berbanding menginap di homestay rumah biasa.

Adakah pihak Minihomestay ada menyediakan pilihan model atau design standard mini homestay?

Ya. Kami menyediakan 2 design model mini homestay, iaitu Type A dan Type B yang dibina berasaskan kaedah konvensional iaitu konkrit dan batu-bata. Selepas meneliti semua pilihan kaedah pembinaan yang ada, kami yakin bangunan konkrit batu-bata adalah pilihan terbaik.

Adakah membina mini homestay lebih menguntungkan berbanding membina atau membeli rumah bersaiz standard untuk dijadikan homestay?

Kos membina atau membeli rumah bersaiz standard pasti mencecah beberapa ratus ribu ringgit. Dengan kos seperti itu kami boleh bina banyak unit mini homestay untuk anda. Kadar harga penginapan yang dikenakan ke atas pelanggan homestay adalah kadar untuk satu rumah. Anda boleh menyewakan lebih banyak unit rumah dengan membina mini homestay berbanding membina atau membeli rumah saiz standard. Jadi, sudah tentu lebih menguntungkan.

Siapakah yang sesuai melabur dalam bisnes mini homestay ini?

Yang paling sesuai sudah tentu mereka yang mempunyai tanah sendiri dan modal yang diperlukan untuk membina unit-unit mini homestay. Bakal pesara atau pesara boleh mempertimbangkan bisnes ini jika mempunyai 2 sumber di atas. Bisnes berasaskan hartanah merupakan perniagaan yang paling stabil dan tiada risiko kehilangan modal kerana semua modal ditukar menjadi aset nyata (unit-unit mini homestay) yang sentiasa meningkat nilainya. Kos operasi homestay juga amat rendah kerana pada dasarnya kos hanya muncul bila ada penginapan berlaku.

Saya berminat nak melabur dalam bisnes mini homestay tapi saya tak nak menguruskan operasi pemasaran, tempahan, house-keeping, penyelenggaraan dan sebagainya. Apa pilihan yang saya ada?

Jika begitu, anggaplah diri anda sebagai pelabur dalam perniagaan tersebut dan bukan sebagai tokay yang kena buat semua urusan. Sebagai pelabur anda boleh melantik kami untuk menguruskan bisnes homestay anda. Kami akan membuat kiraan dan membayar keuntungan bisnes kepada anda secara bulanan.

Adakah pihak Minihomestay turut melengkapkan unit mini homestay yang dibina sehingga ke peringkat ia sedia diinap tetamu?

Ya. Jika anda nak kami mengurus minihomestay yang dibina, kami akan menyiapkannya dengan segala kelengkapan dan keperluan sehingga ia sedia diinap tetamu. Kami lebih suka arrangement begini kerana dengan cara ini kami boleh mencipta satu standard dari segi kualiti kelengkapan dan pengalaman penginap bila mereka menginap di mana-mana minihomestay yang kami urus. Keseragaman kualiti akan membina keyakinan dan kesetiaan ramai yang sangat diperlukan dalam bidang ini.

MODEL & BINAAN

PILIHAN MODEL

Setakat ini kami hanya menawarkan 2 model mini homestay sebagai pilihan.

Dua model ini pada fikiran kami, merupakan model-model yang paling optimized dan sesuai untuk dijadikan homestay.

Walaupun saiznya kompak tetapi ia mempunyai 2 ruang tidur yang boleh menempatkan sekurang-kurangnya 4 orang dewasa atau 2 dewasa dengan 2 – 3 orang kanak-kanak.

Selain itu ia dilengkapi dengan sebuah bilik air dengan kemudahan yang lengkap dan keluasan yang selesa. Ada ruang untuk memasak atau ruang menyediakan makan-minum dan ada ruang makan.

Bagi penginap jangka pendek, walaupun menginap sekeluarga, ia ideal dan memadai. Segalanya ada di depan mata dan mencukupi untuk semua orang.

Bagi pemilik pula, unit homestay yang kompak seperti model-model yang kami tawarkan memberi kelebihan dari segi penjimatan kos operasi dan penyelenggaraan di samping mudah dari segi kerja-kerja house-keeping.

Ia juga membolehkan lebih banyak unit homestay dibina dengan jumlah modal yang sama berbanding jika anda membina unit-unit yang lebih besar.

BINAAN

Bila sebut tiny house atau rumah kenit atau rumah kecik dan sebagainya, ada banyak pilihan binaan yang ditawarkan di luar sana.

Ada yang ditawarkan dalam bentuk rumah kayu atau rumah papan yang mana komponen dan cara membinanya sama seperti rumah-rumah kampung tradisional.

Ada juga yang menawarkan binaan IBS (Industrialized Building System), iaitu rumah yang dipasang menggunakan komponen dan aksesori yang telah di kilang secara standard.

Ada juga yang menawarkan prefabricated cabin atau kabin modular yang menggunakan komponen-komponen IBS ringan yang dimport sepenuhnya dari China.

Kami pula menawarkan kaedah dan komponen binaan konvensional – menggunakan konkrit dan batu-bata.

Kami memilih binaan jenis ini kerana ia telah terbukti kukuh, berdayatahan dengan faktor iklim, cuaca serta persekitaran negara ini, paling mudah diselenggara dan paling selamat.

Buatlah kajian teliti mengenai isu ini sebelum membuat keputusan kerana ia faktor yang boleh memberi impak besar terhadap keberkesanan kos jangka panjang.

PILIHAN MODEL MINIHOMESTAY

Model Type A

Standalone Slider
  • Image 1
  • Image 2
  • Image 3
  • Image 4
  • Image 5

Design Type A merupakan mini homestay dengan built up area 10′ x 20′ lengkap dengan tingkat loft untuk ruang tidur bersaiz 80 kps. Mini homestay Type A dibina memanjang ke belakang dengan pintu utama dipasang di bahagian sisi 10′. Unit ini boleh diinap dengan selesa 4 orang dewasa atau 2 dewasa dengan 2 – 3 kanak-kanak. Ia dilengkapi 1 bilik air, ruang dapur dan ruang makan.

Spesifikasi Bangunan
Luas lantai200 kps
Luas lantai loft80 kps
Struktur bangunanKonkrit bertetulang
Lantai Konkrit bertetulang
Struktur bumbungLogam
BumbungMetal deck
Insulasi bumbungRockwool
SilingVinyl flooring
TanggaAluminium
Pintu UtamaAluminium-glass
TingkapAluminium-glass
Spesifikasi Kemasan
Kemasan lantai Vinyl flooring
Kemasan dinding luar & dalamCat
Kemasan lantai & dinding bilik airTile penuh
Spesifikasi Bangunan
Luas lantai200 kps
Luas lantai loft80 kps
Struktur bangunanKonkrit bertetulang
Lantai Konkrit bertetulang
Struktur bumbungLogam
BumbungMetal deck
Insulasi bumbungRockwool
SilingVinyl flooring
TanggaAluminium
Pintu UtamaAluminium-glass
TingkapAluminium-glass
Spesifikasi Kemasan
Kemasan lantai Vinyl flooring
Kemasan dinding luar & dalamCat
Kemasan lantai & dinding bilik airTile penuh
Spesifikasi Lekapan
Sinki dapur1 no
Sinki bilik air1 no
Tangki tandas1 no
Bidet1 no
Shower1 no

Nota: Spesifikasi penuh akan diberi dalam Cadangan & Sebutharga

MODEL TINY HOUSE

Type B

Standalone Slider
  • Image 1
  • Image 2
  • Image 3
  • Image 4
  • Image 5

Design Type B merupakan mini homestay dengan built up area 10′ x 20′ lengkap dengan tingkat loft untuk ruang tidur bersaiz 80 kps. Type B dibina memanjang ke sisi dengan pintu utama dipasang di bahagian sisi 20′. Pada dasarnya ia sama dengan Type A cuma ruang dalamnya dapat extra 20 kps. Unit ini boleh diinap dengan selesa 4 orang dewasa atau 2 dewasa dengan 2 – 3 kanak-kanak. Juga dilengkapi 1 bilik air, ruang dapur dan ruang makan.

Spesifikasi Bangunan
Luas lantai10′ x 20′
Luas lantai loft80 kps
Struktur bangunanKonkrit bertelulang
LantaiKonkrit bertetulang
Struktur bumbungLogam
BumbungMetal deck
Insulasi bumbungRockwool
SilingSiling plaster
TanggaAluminium
Pintu UtamaAluminium-glass
TingkapAluminium-glass
Spesifikasi Kemasan
Kemasan lantai Vinyl flooring
Kemasan dinding luar & dalamCat
Kemasan lantai & dinding bilik airTile penuh
Spesifikasi Elektrikal
Unit DBSingle phase
Point lampu siling3 nos
Point lampu luar2 nos
Point aircond1 no
Point soket pelbagai guna12 nos
Spesifikasi Lekapan
Sinki dapur1 no
Sinki bilik air1 no
Tangki tandas1 no
Bidet1 no
Shower1 no

Nota: Spesifikasi penuh akan diberi dalam Cadangan & Sebutharga

PERBANDINGAN

© 2023. All rights reserved. minihomestay.com